23.10.14

KKR2: Sirih pulang ke gagang. Eh.. saya bukan sirih!

 Salam!

Bizinya saya.  Macam-macam betul.  Dah saya doa mintak itu ini, Allah makbulkan dan saya kena hadaplah walaupun rasa macam nak tecabut tulang belakang & jatuh peranakan pun ada ni.  Tapi saya ok-ok aje walaupun dah seminggu tidur dekat-dekat pukul 3 pagi.

Bizi dengan Renda Rusticqa, yang baru saya lancarkan..ala-ala.  Belum full throttle lagi.
Bizi dengan Peanut Candy yang dah bukak semula order.
Bizi dengan Pavlova yang juga bukak semula order.

Rezekiiiii!

Bz dengan anak & laki.

Bz nak pindah ofis.

Selamat tinggal ofis Midvalley Boulevard.  Sedih sikit nak tinggalkan ofis yang senang parking & senang nak beli barang.  Teragak nak beli ikan kembung 2 kg... tekan lif dan tuju aje Aeon Big or Aeon pegi beli kat sana.  Serba serbi mudah!

Kembali saya ke HQ.  Sirih pulang ke gagang gitu.  Cuma bangunan baru.. Permata di Tengah Kota... KKR2.

Ni saya curi waktu up entry walau takde siapa peduli.

Bilik saya di KKR2.



Ye saya lah tu.  Nama seperti dalam surat beranak.


Bilik saya telus pandang.  Bilik semua orang pon lah!  Bangunan ni konsepnya Green Building. Malas nak explain.  Kalo kereta yang dapat parking pun diberi keutamaan kepada kereta hybrid... dah aku kene beli kereta hybrid ke??? Huh!!

Bilik ni... tidak boleh garu-garu peha atau korek hidung atau duduk besila bukak kasut atau tetidur air liur jejes atau makan nasi lemak atas meja sambil baca Butipulnara.


 Kenapa? Kenapa bilik saya dengan ruang menunggu tu dinding cermin yang tak frosted? Ha???  Kekaciwaannnnnnn!  Kena la pura-pura rajin sentiasa!


Itu hari saya mengkonon-mengkonon...



Pandangan depan.  Saya rasa seperti seekor iguana eksotik di dalam kotak kaca.  Suis lampu?  Ade ke?  Yang saya tau..masuk bilik lampu on sendiri.  Kuar bilik dia off sendiri.  Eiiii antuuuu!  Tak boleh tampal suka-suka ati..nanti block cahaya matahari,, itu sumber tenaga utama.  Penjimatan ke ape ntah.. green building katanya... ktuhak ktuhak!!

Di tingkat berapa heh? ?Tingkat paling atas.. 32 ke .. tingkat Menteri. Tingkat 38 ke.. entahlah.  Esok Kak Pidah kira satu-satu.


Duluuu saya sampai mintak surat sokongan menteri nak mintak tukar... dapatlah tukar ke Midvalley..jadilah... dekat sikit dengan rumah.  Sekali kok sekarang balik semula ke HQ.. agagagaga..

Takpelah.. JKR di hatiku..



Itu Blok F, Bangunan HQ lama...

Dulu kat sinilah saya berkhidmat untuk negara..

Sekarang kat sini pula...


Pisyawwwwww! yawnnnns!




Selamat berkhimat di ofis baru dengan gaya sopan penjawat awam.



Gaya ape nih? Tudung hijau kekal ciri-ciri sopan.

Awwww...

Sekarang doakan saya dapat selesaikan kemas bilik bos yang dah macam dengan bilik-bilik tu sekali bos nak hangkut!  Putus urat merih saya lah!  Tegang sumer urat!  Opsss tak baik mengeluh!

Ok da tu je.

Bye.  Assalamualaikum wbt.



17.10.14

Hangtag: Bantu mak saya membuat pilihan.


Hello kakak-kakak dan abang-abang.  Assalamualaikum wbt.  Salam Sayyidul Ayyam.. Jumaat yang barokah.

Ingat saya lagi?  Saya Raees.

Boleh bantu emak saya yang sedang bertungkus-lumus nak start perniagaan dia yang ala-ala tu.  Busy betul mak saya tersebut.  Tapi makan tetapppppp 3 kali sehari.  Sebab tu berat badan masih di tahap sama.  Gebu-gebu ubi kayu. Opssss..

Mak saya tengah tenung-tenung hempon lama beliau, gi ejas-ejas design nak buat hangtag untuk produk jualan dia.  Minta bantuan kakak & abang semua untuk pilih mana yang ok.  Undian adelah rahsia ye.

Design ketama... mak saya kata ambik inspirasi Moulin Rouge.  Amboi mak sayaaaaaaaa.. kemainnn! Aaaaa.. gi la gugel Moulin Rouge tu ape kalo anda tidak pasti.  Hihi..
Oh.. imej adelah semua ambik dari gugel.  Boleh ke buat gini tak kene saman ke?

Design kedua


Design ke 3.

Tapi nanti gi kedai suruh la designer tu ejas-ejas mana patut.  Mak saya manade seni orangnya.  Dah la suka jerit-jerit marahkan saya & abang & kakak. Opsssssssss!

Bapa saya kata nanti dia tolong tebukkan lubang guna drill.  Itu memang ikhlas nak nolong ke hapa tu bapa oiiii?

Agak-agaknya mana yang sesuai dan nampak selamba?

Sekian, Terima kasih.

Ok.. senang-senang lawatlah fb page mak saya ye Renda Rusticqa.  Nanti dia uplot gambo produk yang membuat hati sanubari kacau bilau.  Kumpulkan koleksi anda sekarang!!  Minat kalu, email je mak saya kat 28rafidah@gmail.com.  Mak saya mesti reply punyelah.  Dia memang pandai beli jiwa.

Terima kasih sekali lagi.

Salam!

15.10.14

#RendaRusticqa ----- "Bukan Jual Renda, Tapi Jual Sependa"----- Wahhh... tagline yang sungguh harmoni!

 
Kak Pidah beberapa bulan ni terpikir-pikir nak meniaga.  Tapi klisenya soalan kepada diri sendiri, "Nak jual apa?" "ade ke orang nak beli?" "boleh ke?"

Kak Pidah sukaaaaaa sangat nak meniaga something yang unik-unik.  Tapi apa ye?  Takkan nak jual siput babi secara kilo pula.  Ada ke orang nak beli?  Terpikir-pikir sampailah Kak Pidah cuma jadi seorang pembeli.  Jauhhhh 14 tiang nak bergelar peniaga online.

Sampailah one day Kak Pidah dok bebual-bual pasal rahsia rumahtangga, bagaimana mencipta harmoni rumahtangga, macamana nak buat suami sayang walaupun kita tak cantik dan body macam sponge bob (tak ada cutting, tegak aje)... tercetus lah idea nak jual baju dalam.  Jual sependa, jual baju tido seksi-seksi.  Tapiiiiiiiiiiiiiii ada ke orang nak beli heyyyyy?  Lebih-lebih lagi Kak Pidah sendiri pun selama ini selesa dengan sependa Sekarlet, 3 helai 10 hengget.  Masuk bulan kedua getah dia dah jadi renda-renda sendiri umpama renda perancis Biktoria Rahsia.  Dengan tagline "alaaaaaaaa..sependa aje ponnnnnnn... bukan orang nampak!".

Tak taboo ke bercakap pasal sependa secara umum?  Kalo nak jual kene ada gambar, dah tu kene letak gambo sependa tegedang-gedang dalam blog/fb ke? Uishhhh.. malu la kita selalu wanita lemah lembut ayu dan sopan ini.  (batuk-batuk kecil).

Kak Pidah buat survey juga Tanya kawan-kawan ok ke kalau nak jual baju dalam?  Reaksi bercampur baur tapi jauh di sudut hati Kak Pidah, Kak Pidah rasa tak salah jual sependa.  Bukan jual dadah pon!  Sependa pun hari-hari orang pakai.  Boleh saya tau siapa yang tak pakai sependa sekarang ni?  Sila wasapp saya buat pengakuan.  Saya bagi sehelai sependa sedepppppppppppp dipakai. awwww!

Tak kiralah, aku buat je lah.  Bukan bedosa pun.  Cuma Kak Pidah cuba sehalus mungkin menyampaikan promosi.  Kat fb peribadi. Tidak mahu lah nanti orang pandang Kak Pidah, terbayang sependa.  Awwww.. mak tak rela nok! Tak rela!

Entah macamana dipermudahkan jalan oleh Allah swt maka akak dapat la tangkap satu supplier baju dalaman ni.  Dengan kualiti, material, perincian renda yang awwww...awwww..awwww.. merembesss nyahhh! merembesssssssssss! (lama tak sebut begini...) Kak Pidah try beli sekodi.  Nak test market gamoknya. Ingat nak buat page business kat fb & iklankan kat situ.  Kat fb peribadi pulak Kak Pidah uplot gambo sipi-sipi bunyi gini.

Saya sedang dalam proses melancarkan perniagaan saya (macam serius sangat ni) #RendaRusticqa.

Dengan tagline "Selesakan yang patut selesa" #RendaRusticqa menawarkan produk dari material terbaik untuk jaminan kualiti & keselesaan.

Harga yang berpatutan untuk produk yang material & kualitinya menyamai produk berjenama di pasaran.

Diperinci dengan renda indah (yang menjadi signature perniagaan ini) untuk keyakinan si pemakai dan pemandangan indah errr....err..sape eh?

Saya akan upkan variasi warna kemudian nanti.

Tq.


Besertakan gambar ini.
Gittewwwwwwwwww!

Ahkak ingat orang paham la kan apa yang ahkak jual tu.  Sekali kok orang ingat akak jual renda lah, jual hand sock lah.  Tapi ada juga yang teka betul.  Jual spentot!  Tepat sekali!!

Ujung-ujung akak jawab je kat komen fb ahkak jual sependa.  Haaaaaaaaaaaaaaa...senang cerita hidup aku!  Tak payah berselindung-selindung di balik renda perancis penghias sependa lagik khennnnnnnnnn!!

Kak Pidah tak bohong tau!  Material dia memang sedepppppppppp sekali macam makan aiskrim vanilla di kalan panas terik yang membahang gitu!  Lembut, selesa, tak rasa seperti sedang memakai, jahitan kemas, perincian renda yang menggoda.  Mudah basuh, mudah kering, tak berbau kepam walaupun dijemur dalam toilet semalaman tanpa pengudaraan yang baik (amboihhhh ini macam ayat reka-rekaan aje ni?).  Tapiii ai cakap melalui pengalaman sendiri tauuuuuuuuuuuuu!  Tak mohongggg!

Kak Pidah dah survey rege sependa-sependa berjenama yang kualiti materialnya lebih kurang sama yang macam Kak Pidah jual & cadang nak jual. Makkkkkkkkkk oihhhh.. sehelai sependa lace.. rege RM40-50 gitu! Awwwww!  Terus tuju Sekarlet pilih yang RM10 3 helai!

Bisnes Kak Pidah, Kak Pidah namakan Rustiqca.  Dari perkataan Rustic (karat) sebab Kak Pidah sebelum-sebelum ni jual handbag terpakai dan Kak Pidah suka benda unik yang nampak rustiq tapi classy gittewwwwwwwwwww!  Kak Pidah juga sangat teruja bila tengok renda (lace).  Macam lambang keyakinan, kejelitaan dan ultimate menggoda yang bukan kepalang gittewww!  Maka untuk bisnes pakaian dalaman (panties, baju tido, dan mungkin handsocks & stoking akan menyusul) Kak Pidah namakan...

Renda Rusticqa.  Di mana semua produk jualan akan menjadikan renda (lace) sebagai signature. 

Kak Pidah buat jualan promosi bawak ke ofis.  Berbuih-buih mulut promosi sependa.  Letak atas meja ...bila bos lalu kemkabut macam lipas kene sembur Ritset sorokkan sependa-sependa dagangan.

Sependa jualan sulung Kak Pidah... Kak Pidah namakan Rusticqa Daralyn.  Bawak ke ofis, jual panggil orang gamit-gamit, sorok-sorok bawah meja, orang pilih-pilih letak atas meja pulak.  Laku selai.  Panggil lagi kawan, laku lagi 3 helai, panggil lagi.. laku lagi 2 helai.. sampaiiiiiiiiiiiiii la ke 2 helai terakhir, Kak Pidah tawarkan harga special..terusssssssssssssssssss  SOLD OUT sekodi! Wiwuuuuuuu! Sukanya hati hambaaaaaaaaaaa!

Terusss Kak Pidah positif untuk teruskan bisnes jual sependa dan konco-konconya ini.  Mohon mendapat sokongan anda semua ye.  Jual sependa aje pun.. bukan jual dadah pun kannnnnnnnnn!  Masa ambik stok pun tak bagitau Incik Jamil, malam tu bagitau dia yang Kak Pidah nak jual sependa.. tak sangka dia bagi sokongan penuh siap dorongan siap pilihkan design yang sesuai siap rasa material ok ke tak.  Hmmm.. baru Kak Pidah sedar... lelaki lagi pakar bab-bab ni sebab.. perempuan pakai untuk keyakinan dan nampak cantik, yang memandangnya suami.  Itu yang dia suka kan?  Dia nak orang yang dia sayang pakai macamana yang ada dalam imaginasi dia.  Meowwwwwwwwwwwwwwwwwwww... (cakar-cakar!!)

Kak Pidah tunjuk gambar ye.  Tapi dah abissss dah.  Nanti dah restock Kak Pidah kasitau..

Rusticqa Daralyn in Shocking Pink!

Pakai macam tak pakai, no "V" line, tidak menjerut, selesanya humanggggaihhhhh!  cover the buncits bump-bump.  Cantik pula! Awwww!!  Saya sudah.  Merah ang-ang lagik! (wahhhh lama sungguh tak sebut ang-ang!).  Opsss tercakap pula yang merah tuh ai punyerrr!

Didatangkan dalam 6 warna yang super mengancam jiwa sanubari dan urat merih( Ai takot la kalo ayat promosi bisnes ai ni dah rupa promosi ubat kuat pula) ihihihihihi....

Kak Pidah packingkan satu-satu untuk impak goda-goda jiwa raga tahap Band 6.

Ahkak tak buat label #RendaRusticqa lagi. Nanti ahkak buat ye.

Makanya itulah dia.. baru satu design sependa yang ahkak jual dan dah putus stock pula.  This weekend ahkak ambil lagi stock beserta design-design baru yang lebih mengancam nyawa... eh.. jiwaaaa!  Yang pasti..ada renda (ahkak cuba ye..).

Ahkak juga akan tambahkan produk dagangan berupa baju tidur super saiya sepsi peha keepsi yang bila suami lihat esoknya dia akan pegi ke kedai hardware tempah tiang!


Eh.. ang! ang! Sape punya ni teka???  Sedap materialnya cuollssssss!!!  Segar mata tengok kalernya!

Contoh lain...


Kuda hitam aduhhhhh duda hitammmm! Eh..duda pulak!!

 
 

 
and the pink and kiss and the pinkishhhh!!!

Selain tu nanti ade juga yang fabric satin gitu.. yang pasti renda tetapppp ada... gittewwwwwwww!!

Dan semalam petang.. pelanggan pertama saya telah beri testimony tanpa saya bayar upah or saya ugut letak parang di lehernya.... beliau dilaporkan sebagai berkata..
 
Kembang kuncop kembang kuncop lobang hedong Kak Pidah lantas beralun-alun bulu hedong kerana hembosan napas yang penoh kebanggaan tersebot!  Cuma yang 2 helai 10 hinggit tu buat Kak Pidah rasa seperti tercekik biji moktan pula.  Haihhhhh harga kos pon tak lepassss dekkkkkkkkkkkk!  Tapi..akan tetap akan offer harga cintacintunkasihsayang sesama saudara gitu!

Untuk design sependa yang atas tu namanya Rusticqa Daralyn.

Free Size

Harga pengenalan:

1 helai RM10
2 helai RM18
3 helai RM25.
(Tidak termasuk postage)

Akan akan cuba restock this weekend (17 @ 18 Oktober 2014).  Tapiii mungkin tak ada dah design ni sebab supplier cakap satu2 design tu kalo habis memang takkan ada lagi dah.  Maka... cepat-cepat kumpulkan koleksi anda ye.  Harga pun berlainan ikut design & material.

Jemput jamu mata di fb page #RendaRusticqa (tapi la ni kosong lagi sebab barang dagangan putus stock).  From time to time saya akan bagitau bila stock baru akan sampai kat sini (blog) dan di page #RendaRusticqa.

Kalau berminat atau nak pre-order boleh email ke 28Rafidah@gmail.com.  Kat situ nanti kita boleh cerita panjang.


Ok..terima kasih kerana sudi baca promosi sependa saya ini.

Luf yu much-much!!

Salam.

3.10.14

Gemuruh rasa nak tulis blog semula.. awwww!!

Dia punya promosi kata nak tulis semula blog pukul gong kat FB bagai.  Lepas tu boleh pulak lupa dia kata dia nak tulis blog semula.  Propaganda ganda dua belas perpuluhan lima sungguh!

Ai is nebes-nebes ayam tandori pula nak menulis sekarang ni.  Janggalnya rasa.  Otak pun sudah lama tidak dijana  untuk menulis karangan dalam blog macam dulu-dulu.  Merapu pandai la!  Nak bubuh gambar menarik tidak ada kamera canggih.  Aktiviti hidup pun yang tepaling basic.  Apa yang mahu dikongsi sangat?  Paling-paling cerita pasal masak-masak dan anak-anak.  Dah kalau masak pun kadang-kadang, jarang-jarang, nak cerita pasal apa ye?  Nak cerita melancong oversea jauh sekali. Over the parit pun tak ada.  

Lagipun komputer rumah, laptop, komputer opis, tab, hempon, pen drive,  peti ais, oven (eh.. nape macam nak bagitau pasal harta benda yang ada je) semua kene jangkita virus.  Virus Short Cut namanya.  Sudah berkali-kali saya bunuhnya namun ilmu pendinding virus tersebut sangat la kuat. Kat gunung mana ntah dia berguru.  Maka tidak dapat la nak berblog bagai ni.  Tapi kat FB amboi meriah!  Harap hempon tua berkuasa  kuda 4 tu je la.  IOS pun 6 lagi.  Orang lain dah 8.  Macam melalut je Pidah ni.. ok stop!

Tapi hidup padat sungguh. Busy ape ntah?  Sendiri pun tak pasti.  Dilemma pertengahan umur ke apa ni?   Dah dekat setahun tak tengok telibisen.  Macam menipu sangat aje bunyinya.  Tapi tipu kan dosa!  Uruskan anak-anak yang tiga orang, kalau boleh satu hari nak ada 34 jam!  Orang lain anak 6 ok je?

Raees dah nak masuk 2 tahun.  

Rifqah dah semakin anak dara.

Miyen dah pandai pujuk hati mama.

Incik Jamil semakin berisi.


Eh Pidah ni..  kondisi ibu mertua/ketua kampung/penghulu taman tak mau bagitau?



Siapa dia itu yang bawah matanya jelas menunjukkan kekurangan tidur.  Piggmentasi berleluasa. Tetap pesek idungnya tapi comel (aaaaaaaaaachommm!),  Cuba senyum manis pada cubaan ke 14 gambar diambil.  Ini hasil yang tepaling siuman.  Maklumlah, tak natural beauty.  Dah tu ingat yang ini lawa sangat la ni?  Tikam hempedu sendiri la woiiii! Opsssss.... *kembali sopan...janji takkan woiiii woiii lagi*


Ok Selamat Hari Raya Haji.   Maaf Zahir dan bat....     Raya Haji la weiiii!  



Haiiiih..bilalah saya nak Hajah.  Eh... keluhan dalam hati kok ada tertulis kat sini.  Ala... poyoable nyewwwwr!

Salam.  Bye.

29.9.14

Dah makbul doanya, marah pula.

Dalam doa mintak pada Allah s.w.t,

"jadikanlah aku orang yang sabar"
"jadikanlah aku orang yang redha"...

"dalam hidup berumahtangga/melayan karenah anak-anak/dalam pekerjaan... etc..etc"  Contohnya lah.

Doa ni sambil menangis sedu-sedan ni, hiba betul rasa di hati.  Luahan keluh-kesah kepada Allah s.w.t.  Ciri-ciri  doa yang dimakbulkan tu ada tu!  Menangis, ikhlas luahan, rasa 'hadirrrr' yang datang dari jiwa.  Gittewwwww!

Sekali kok yang dapat; (ni contoh aku kata..contoh!)

Gaduh dengan laki beriya-iya setiap hari.   Lagi mintak sabar, bahagia & lomentik-lomentik .. kok lagi hari-hari perang sabil sama itu husband! Apaan ini?

Kok lagi anak-anak yang nakal ya Robbi!!! Tunggang tebalik rumah, tak boleh bawak majlis, mencabar kesabaran dan arghhhh arghhhh... heart attack minor-minor!

Kat opis kok asik kene marah dengan bos, kene umpat kawan, asik buat silap, kok tak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang? (tihihihihi...)  Apa-apa ini sihhhh?

Lalu terusssssssssss mengeluh tak puas hati!  "Ya Allah.. kenapa aku yang kau beri ujian begini? Aku tak kuat! Kenapa aku?  Kenapa aku ya Allah!!!" Sambil dua tapak tangan bersilang di dada muka kerut-kerut menangis hiba.  

Gittewwwwwwwwwwww!!!

Hey! Hey! Hey Kalau minta benda yang baik, takkan la Ya Rahman Ya Rahim tak nak bagi kan? Kau mintak sabar!  Nahhhhhhhhhhhhh.... diberi sabar.  Dah makbul sebenarnya doa kita nak sabar nak redha tu.  Pecayalah!!

Sabar tu Allah s.w.t kurnia kat kita macamana ye??  Kita minta jadi orang yang sabar, yang redha.. kita ingat semudah ini ye...

"Ya Allah.. jadikan aku orang yang sabar, yang redha..."

"Nah Sabar! Nah redha! Ambik ni Norapidah.. plinggggggggggggggg"  

GITU???

Terus Norapidah jadi orang yang sabar!  Ecewahhhhh! Banyak cantik muka saudari!  Nak senang-senang aje!  Senang hidup dalam dunia tak payah usaha apa-apa, takde susah payah.. pastu nak masuk Syurga. Ehwahhhh!

Konsepnya..

Dalam dunia ni.. orang nak badan taf ketak-ketak, otot-otot pun kene susah payah, Pegi gym,  jaga makan, tahan nafsu-nafsi baru dapat badan cantik otot-otot, sado-sado.

Nak bejaya dalam pelajaran, nak dapat kerja bagus-bagus, kene korbankan masa remaja berhibur.  Study macam nak mati, kene ingat formula itu ini, pegi kelas, pegi tuisyen.  Tak boleh tengok tiwi.

Nak kurus slim fit body, kene tahan napsu makan, kene berlapar, kene makan jamu Surut Ayu.  Eh... Jamu Surut Ayu kenapa pulak?  Abaikan~~~

Maknanya.. untuk dapatkan benda yang best, kena lalui dan rasa dulu perkara-perkara yang tak best.  bila dah biasa, kita buat hari-hari.. lama-lama benda yang tak best tu takde benda dah.  Kita dah biasa.  Dah kebal dah imun.  Lama-lama dapatla benda yang diidamkan.

Macam tu jugak konsep sabar.  Konsep redha.

Allah s.w.t turunkan dugaan, ujian untuk didik hati kita.  Untuk latih hati kita.  Sabar tu bukan macam mejik boleh pling-pling dapat senang-senang.  Sabar itu kita dapat dari didikan dan latihan keras menahan dugaan.  Sebab itu kita ada tahap kesabaran.  Lagi kita boleh bertahan maknanya sabar kita makin bertambah.  Lagi kita redha sebab segala ketentuan kan datangnya dari Allah dan Allah takkan menguji kita melebihi kemampuan kita.

Kadang-kadang kita boleh hadapi dugaan, ujian, masalah.. tapi laaaaaaaaaaagi betambah-tambah dugaan yang datang tak putus-putus.  Kenapa ye?

Sebab Allah sayang kita.  Macammana dia nak kita sentiasa ingat pada-Nya.  Sampai  kita jatuh teduduk tesungkur dan pada masa tu tak ada apa dan siapa-siapa makhluk dalam dunia ni yang dapat tolong kita dan pada waktu itulah harapan dan kebergantungan kita hanya pada Allah s.w.t. satu-satunya.   Kalau dah sampai tahap tu maknanya tahap sabar & redha kita dah infiniti.  Apa-apa masalah, dugaan, ujian yang datang, kita dah boleh hadap dengan jiwa tenang dan hati terbuka.  Apa la sangat ujian dunia.  Allah kan ada!

Hmmmm... kan?

Ok dah.  Bai.

(Saya tuliskan semula monolog diri saya sendiri di dalam hati.  Satu masa dulu saya persoalkan kenapa asik saya diuji dari segenap penjuru hidup saya.  Maaf jika ada yang tak bersetuju.  Ini cuma apa yang saya rasa.  Jika ada manfaat yang kita boleh kongsi bersama, alangkah gembiranya saya.)

Gittewww~~

25.9.14

Dia Datang Lagi.

**Berdiri di tepi simpang & tersenyum pada orang yang lalu lalang.... senyum simpul minta perhatian.  Ada yang kenal saya lagi?


Itu hari ada satu perasaan takut yang tahap macam ada orang gila kejar kalau dia dapat saya dia cincang-cincang lumat buat daging burger quarter pounder.  Perasaan dihambat.  Tahu dihambat?

Lepas tu saya macam duduk diam, tekebil-kebil.   Tetrauma apentah ingat semua-semua benda yang patut dilupus termasuklah blog ni.

Memang padang jarak padang tekukur jadinya la blog ni semua ditebas, cantas & bakar.  Tak tinggal jejak sedikitpun.  Sukar bagi penyiasat menyelesaikan kes ini kerana ketiadaan bukti.  Apanya  ni punn?

Cakap kat orang-orang yang bertanya, bahawasanya saya takkan menulis di blog lagi.


Elelelele... insan lemah ni, dah gatal-gatal tangannya & teloncat-loncat hatinya nak menulis lagi.

Boleh ke saya nak menulis lagi?

Mintak permission bagai.

Ngada-ngada.



Hai! Selamat ketemu semula.


Lufff yuuu!